Urut Kaki Mesin Refleksologi

Apa itu Refleksologi

Refleksologi berasal dari perkataan Inggeris, "reflex" bermaksud pantulan atau balikkan struktur badan manusia dan Logi berkaitan dengan sains. Refleksologi adalah merujuk kepada pemetaan zon-zon reflek seluruh organ melalui tapak kaki.
Refleksologi bukanlah sesuatu yang baru, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.Kaedah ini mula dipraktikkan semula selepas diteroka kembali oleh Dr Willian Fitzgerald pada tahun 1913.

Kini banyak pusat pengurutan refleksologi dan pusat rekreasi "berjalan atas batu" dibangunkan di Malaysia kerana ia merupakan kaedah penyembuhan yang berkesan, efektif dan membantu dalam pemeliharaan kesihatan. Ia selamat, murah, tidak perlu makan ubat tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan kedalam badan.
Refleksologi adalah teknik yang melibatkan stimulasi tekanan keatas zon-zon refleks pada tapak kaki dimana zon-zon refleksi ini berhubungkait secara langsung dengan organ-organ penting dalam badan. Ia mengakibatkan kesan relaks, penyembuhan terapeutik yang membantu keseimbangan badan.

Carta Refleksologi



Bagaimana Refleksologi berkesan?
Ginjal atau buah pinggang adalah merupakan organ yang paling penting dalam tubuh badan manusia. Ia berfungsi untuk penapis darah dan membuang segala kotoran dalam darah melalui air kencing. Seseorang tidak akan menghidapi penyakit kronik jika darahnya berjalan lancar dan baik dalam tubuh. Jika darah berjalan lancar, ini bermaksud penghantaran oksigen dan zat-zat makanan akan berjalan dengan sempurna di setiap sel dalam tubuh dan ini menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang adalah sempurna.
Bila seseorang terkena penyakit kronik, ia menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah menurun. Kekotoran yang sepatutnya disingkirkan telah mula mendap di dalam badan dan berkumpul secara sedikit demi sedikit dan bila erakumulasi dengan banyak , ia mengakibatkan gangguan pada organ badan misalnya sakit kepala, lutut, stroke , kencing manis dsbnya.
Tahukah anda organ tubuh kita mempunyai suis di tapak kaki. Jika fungsi organ terganggu, maka tapak kaki akan membengkak atau sakit apabila ditekan. Jika diurut secara teratur , maka toksin yang berlebihan akan disingkirkan secara beransur-ansur dan organ badan mula berfungsi dengan baik. Kaedah ini boleh diamalkan oleh mereka yang lihat untuk mengelakkan dari menghidapi penyakit seperti stroke, darah tinggi, kencing manis, jantung, gout (asid urik) dan untuk mereka yang sakit, ia membantu penyembuhan secara beransur -ansur.
Kaedah pengurutan refleksologi kami dilakukan oleh mesin Ogawa 100%

Jika anda berasa sakit, ini menunjukkan bahawa ada mendapan darah kotor di dalam tubuh dan perlu disingkirkan. Sebaik-baiknya selepas mengurut atau memakai sandal selepas 20-30 minit, digalakan meminum 1-2 cawan gelas air suam untuk membantu menyingkir toksin dari tubuh.

Golongan berikut tidak digalakkan untuk melakukan kaedah refeksologi-  
  1. sakit jantung
  2. sakit buah pinggang
  3. perempuan hamil
  4. pendarahan dalaman(internal bleeding)
  5. bila perut kenyang
Kebaikan Refleksologi

Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif kepada proses penyembuhan.

1. Buang angin- melalui sendawa atau kentut.
Ia adalah kesan yang baik untuk membuang toksin berlebihan dari usus besar, mungkin rasa tidak selesa dalam perut.

2. Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
Ia memberi tekanan keatas hati, hempedu, perut dan sistem penghadaman memudahkan angan pembuangan air besar.

3. Mengurangkan imsonia- sukar tidur, sakit kepala dsbnya.

4. Kencing manis. Biasanya penghidap kencing manis kerap mengalami masalah kaki kebas dan lenguh. Kaedah ini, amat sesuai kerana ia memberi tekanan ke atas pankreas yang berfungsi menghasilkan insulin dan menghilangkan rasa kebas.

5. Kesan emosi Tekanan keatas kelenjar, organ dan bahagian tubuh badan memberi kesan emosi punca dari sistem endrokrin yang berkaitan dengan hormon. Ini adalah kesan sementara kerana badan mula memperbaiki secara sendiri dengan membuang sisa toksin berlebihan dalam tubuh.

6. Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.

7. Simptom loya/sakit kepala, selsema
Tubuh mula berfungsi untuk melakukan pembersihan atau 'cleasing' dan simptom ini berlaku sementara sahaja. Rehat sebentar dan banyak minum air suam untuk buangan toksin.

8. Kesan lain- lebih bertenaga, lebih sensitif kepada sentuhan, meningkatkan kesuburan dsbnya.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS